Posts

Showing posts with the label Kaedah Keterbezaan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Keterbezaan

Kaedah Keterbezaan Pembelajaran keterbezaan dari segi kandungan Pembelajaran keterbezaan dari segi isi kandungan merangkumi sub topik, topik atau bab yang diajar kepada murid biasa dan kanak-kanak pintar cerdas. Prinsip di sebalik pembezaan isi kandungan pelajaran adalah selari dengan prinsip pengayaan di mana anak murid meneroka isi kandungan yang diajar di peringkat yang berbeza. Kandungan pelajaran asas haruslah mengikut standard pembelajaran yang ditetapkan oleh pendidikan negara. Namun, terdapat sesetengah murid yang tidak dapat menguasai kandungan yang diberikan, mempunyai penguasaan separa ataupun mungkin sudah biasa dengan kandungan sebelum pelajaran bermula. Maka, guru perlu membezakan kandungan dengan merancang aktiviti untuk kumpulan murid yang merangkumi pelbagai tahap Taksonomi Bloom. Murid yang lemah boleh diminta untuk menyelesaikan tugasan seperti mengadaptasi kandungan. Murid yang mempunyai penguasaan sederhana diminta untuk menilai kandungan manakala bagi kanak-kana...