Posts

Showing posts with the label Kaedah Kooperatif

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Kooperatif

Kaedah Kooperatif Kaedah pembelajaran kooperatif merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana murid berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran kooperatif ini juga melibatkan perkongsian maklumat dan pendapat di antara ahli dalam kumpulan.       Pembelajaran kooperatif terbahagi kepada enam jenis kaedah pembelajaran iaitu:  Yang pertama: jigsaw. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Idea daripada aktiviti jigsaw ialah salah seorang murid akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan membantu ahli kumpulan untuk memahami bab tersebut. Yang kedua pula ialah semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.  Yang ketiga: kaedah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Konsep kaedah ini ialah putaran biasa seperti dalam pengajaran. Guru menjal...