Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Kooperatif
Kaedah Kooperatif
Kaedah pembelajaran kooperatif merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana murid berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran kooperatif ini juga melibatkan perkongsian maklumat dan pendapat di antara ahli dalam kumpulan.
Pembelajaran kooperatif terbahagi kepada enam jenis kaedah pembelajaran iaitu:
- Yang pertama: jigsaw. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Idea daripada aktiviti jigsaw ialah salah seorang murid akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan membantu ahli kumpulan untuk memahami bab tersebut.
- Yang kedua pula ialah semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
- Yang ketiga: kaedah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Konsep kaedah ini ialah putaran biasa seperti dalam pengajaran. Guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan manakala murid cuba untuk menyelesaikan lembaran kerja bagi menguasai konsep tersebut. Selepas itu, murid akan bersaing dalam satu pertandingan yang diwakili oleh murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama.
- Yang keempat: Student Team Achievment Division (STAD). Menerusi kaedah ini, guru mengikut satu pusingan mengajar dan kumpulan pembelajaran. Penilaian akan dilaksanakan secara individu.
- Yang kelima: Team Accelerated Insruction Mathematics, iaitu pendekatan secara menyeluruh dalam bidang matematik.
- Yang terakhir: penyiasatan secara berkelompok yang membolehkan murid merancang sesuatu projek mengikut modul pembelajaran.
Pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak pintar cerdas, menjadikan pembelajaran lebih menarik dan disukai oleh murid di samping menghidupkan semangat dan memberi rangsangan kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, guru hendaklah membuat perancangan yang rapi dan teliti untuk mengaplikasikan kaedah kooperatif di dalam aktiviti pembelajaran. Agihan tugas yang sesuai perlu diberikan kepada kanak-kanak pintar cerdas supaya mereka berupaya melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan untuk membentuk persaingan yang sihat bagi semua murid di dalam kelas. Komitmen guru amat dituntut dalam menjayakan pembelajaran kooperatif. Oleh itu, pendedahan kepada guru yang ingin melaksanakan kaedah pembelajaran secara koperatif amat diperlukan sebagai panduannya ketika melaksanakannya.
Comments
Post a Comment