Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Pemecutan
Kaedah Pemecutan Kanak-kanak pintar cerdas dapat memahami apa yang diajar oleh guru dengan lebih cepat. Kaedah pemecutan diperkenalkan untuk mengelakkan kebosanan dan merugikan masa murid. Selaras dengan itu, kanak-kanak pintar cerdas ini dapat belajar dengan kadar yang lebih laju berbanding murid lain dalam masa yang amat singkat. Kaedah pemecutan ini juga merupakan kaedah di mana kanak-kanak pintar cerdas diberi bahan dan tugasan yang hanya disediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam kaedah pemecutan. Kaedah ini menggunakan kurikulum sekolah yang sedia ada tetapi dipertingkatkan atau mempunyai elemen tambahan dalam pembelajaran. Kaedah pecutan ini akan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah sentiasa berterusan. Terdapat dua jenis kaedah pecutan iaitu pecutan kurikulum dan pecutan subjek. Di antaranya ialah murid-mur...