Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Pemecutan

Kaedah Pemecutan

Kanak-kanak pintar cerdas dapat memahami apa yang diajar oleh guru dengan lebih cepat. Kaedah pemecutan diperkenalkan untuk mengelakkan kebosanan dan merugikan masa murid. Selaras dengan itu, kanak-kanak pintar cerdas ini dapat belajar dengan kadar yang lebih laju berbanding murid lain dalam masa yang amat singkat. Kaedah pemecutan ini juga merupakan kaedah di mana kanak-kanak pintar cerdas diberi bahan dan tugasan yang hanya disediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. 

    Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam kaedah pemecutan. Kaedah ini menggunakan kurikulum sekolah yang sedia ada tetapi dipertingkatkan atau mempunyai elemen tambahan dalam pembelajaran.  Kaedah pecutan ini akan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah sentiasa berterusan. Terdapat dua jenis kaedah pecutan iaitu pecutan kurikulum dan pecutan subjek. Di antaranya ialah murid-murid bersekolah pada fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping). Terdapat juga penggunaan kaedah kelas tidak bergred iaitu kanak-kanak dikumpulkan dan belajar mengikut keupayaan dan pengalaman masing-masing. Ringkasnya, mereka belajar bukan mengikut umur masing-masing tetapi lebih kepada keupayaan individu.Tambahan lagi, guru juga cuba menyesuaikan kurikulum dengan cara melangkau topik yang mudah dan menggabungkannya dengan topik yang lain. Teleskop gred(grade telescoping) memerlukan kanak-kanak menghabiskan sesuatu program dalam tempoh yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun. 

    Pecutan subjek (acceleration subjek) pula menawarkan kanak-kanak pintar cerdas menguasai sesuatu subjek tertentu. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan murid pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun kaedah ini memerlukan pendidikan lanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar cerdas ini dapat mengisi masa dengan produktif.

Comments

Popular posts from this blog

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Keterbezaan