Program-program yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan kanak-kanak pintar cerdas: Pelaksanaan Kurikulum Yang Sesuai

Program Dilaksanakan untuk Membangunkan Kanak-kanak Pintar Cerdas

Pelaksanaan Kurikulum Yang Sesuai

  • Kurikulum adalah satu perancangan pendidikan yang dibuat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
  • Beberapa keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh murid pintar cerdas adalah seperti kelajuan, keupayaan untuk belajar lebih mendalam, keupayaan untuk memanipulasi pengetahuan sedia ada secara konseptual, canggih, rumit dan kompleks.
  • Perkara yang membezakan kurikulum murid pintar cerdas dan murid biasa adalah pengayaan kurikulum asas. 
    • Kaedah dan teknik pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek, simulasi, main peranan, penyelidikan dan reka cipta melibatkan aktiviti koperatif dan komunikasi secara individu atau berkumpulan. Suasana pembelajaran pula berbentuk pertandingan dan persaingan konstruktif.
  • Bahan rujukan dan bahan bacaan bertahap tinggi dan memberi focus dalam bidang yang diminati oleh murid.
  • Kurikulum untuk murid pintar hendaklah mengambil kira ciri-ciri seperti keupayaan, minat dan keutamaan pembelajaran. 
  • Kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah membenarkan pelajar membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara produktif yang membolehkan pelajar membina semula konsep pengetahuan sedia ada atau membina ilmu baru. 
  • Kurikulum untuk murid pintar hendaklah dapat membantu murid untuk meningkatkan inisiatif kendiri dan perkembangan pembelajaran arah kendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Keterbezaan