Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner adalah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: • Setiap individu mempunyai kesemua lapan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. • Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. • Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. • Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan, bukannya ditetapkan semasa dilahirkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 8 jenis, iaitu Verbal- Linguistik, Logikal Mathematik, Muzik, Visual Ruang, Kinestestik, Interper...
Comments
Post a Comment