Posts

Showing posts from March, 2022

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Pengayaan

Kaedah Pengayaan Kaedah pengayaan merupakan aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran normal yang dijalankan bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas mengikut kemampuan dan kekuatan mental kanak-kanak pintar cerdas tersebut. Kaedah ini memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk mendalami dan meluaskan pengetahuan serta pengalaman mereka berdasarkan tajuk yang dipelajari, di samping memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi kepada tahap yang paling maksimum.  ...

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Pemecutan

Kaedah Pemecutan Kanak-kanak pintar cerdas dapat memahami apa yang diajar oleh guru dengan lebih cepat. Kaedah pemecutan diperkenalkan untuk mengelakkan kebosanan dan merugikan masa murid. Selaras dengan itu, kanak-kanak pintar cerdas ini dapat belajar dengan kadar yang lebih laju berbanding murid lain dalam masa yang amat singkat. Kaedah pemecutan ini juga merupakan kaedah di mana kanak-kanak pintar cerdas diberi bahan dan tugasan yang hanya disediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi.       Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam kaedah pemecutan. Kaedah ini menggunakan kurikulum sekolah yang sedia ada tetapi dipertingkatkan atau mempunyai elemen tambahan dalam pembelajaran.  Kaedah pecutan  ini akan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah sentiasa berterusan.  Terdapat dua jenis kaedah pecutan iaitu pecutan kurikulum dan pecutan subjek. Di antaranya ialah murid-mur...

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas

Image
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard  Gardner adalah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:  •        Setiap individu mempunyai kesemua lapan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.  •        Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.  •        Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.  •        Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk.      Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan, bukannya ditetapkan semasa dilahirkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 8 jenis, iaitu Verbal- Linguistik, Logikal Mathematik, Muzik, Visual Ruang, Kinestestik, Interper...