Posts

Showing posts from April, 2022

CIRI CIRI NEGATIF DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KANAK KANAK PINTAR CERDAS

Image
 

CIRI CIRI NEGATIF DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KANAK KANAK PINTAR CERDAS

Image
 

CIRI CIRI MURID PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Image
 

TEORI DAN PENDAPAT TENTANG MURID PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Image
 

TEORI DAN PENDAPAT TENTANG KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Image
 

KANAK - KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Image
 

Program-program yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan kanak-kanak pintar cerdas: Pelaksanaan Kurikulum Yang Sesuai

Program Dilaksanakan untuk Membangunkan Kanak-kanak Pintar Cerdas Pelaksanaan Kurikulum Yang Sesuai Kurikulum adalah satu perancangan pendidikan yang dibuat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Beberapa keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh murid pintar cerdas adalah seperti kelajuan, keupayaan untuk belajar lebih mendalam, keupayaan untuk memanipulasi pengetahuan sedia ada secara konseptual, canggih, rumit dan kompleks. Perkara yang membezakan kurikulum murid pintar cerdas dan murid biasa adalah pengayaan kurikulum asas.  Kaedah dan teknik pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek, simulasi, main peranan, penyelidikan dan reka cipta melibatkan aktiviti koperatif dan komunikasi secara individu atau berkumpulan. Suasana pembelajaran pula berbentuk pertandingan dan persaingan konstruktif. Bahan rujukan dan bahan bacaan bertahap tinggi dan memberi focus dalam bidang yang diminati oleh murid. Kurikulum untuk murid pintar hendaklah mengambil kira ciri-ciri sepe...

Program-program yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan kanak-kanak pintar cerdas: Permata Pintar

Program Dilaksanakan Untuk Membangunkan Kanak-kanak Pintar Cerdas Permata Pintar Program Permata Pintar telah dimulakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2008 yang bertujuan mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat pada peringkat awal usia. Penaung Program Permata Pintar ialah Datin Sri Rosmah Mansor. Matlamat program ini adalah  untuk melahirkan lebih ramai pelajar pintar di negara ini.  untuk mendidik dan melahirkan mengikut sistem dan ujian yang efektif. Ujian saringan Permata Pintar mula dijalankan pada tahun 2010, yang berbentuk ujian secara talian dimana ujian tersebut merupakan ujian saringan pertama pelajar untuk menyertai program seperti perkhemahan cuti sekolah Permata Pintar (usia 9-15 tahun), program Permata Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (usia 8 tahun) dan Akademi Permata Pintar (Pelajar Tingkatan 3) 

Program-program yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan kanak-kanak pintar cerdas: MENSA (1984)

Program Dilaksanakan Untuk Membangunkan Kanak-kanak Pintar Cerdas:  MENSA (1984) Tujuan Mensa adalah untuk mengenalpasti individu pintar cerdas. Persatuan Mensa Malaysia diasaskan oleh Tan Sri Dato Yong Poh Kon dan persatuan tersebut telah didaftarkan pada 22 Mei 1984. Semua ahli Persatuan Mensa Malaysia akan menjadi ahli persatuan Mensa antarabangsa secara langsung. Persatuan ini dibuka kepada warganegara yang mempunyai IQ yang tinggi. Ujian saringan IQ perlu dijawab dan Mensa telah menetapkan skor yang tertentu sebelum menerima ahli dalam Persatuan Mensa.  International Supervisory Psychologist merupakan badan yang mengiktiraf ujian kecerdasan yang dibuat oleh Mensa.  Setiap ahli perlu membayar yuran untuk mereka menyertai program yang dianjurkan oleh pihak Mensa. Antara faedah menyertai Mensa adalah: memberi kesempatan kepada individu yang mempunyai tahap pemikiran yang sama untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Keterbezaan

Kaedah Keterbezaan Pembelajaran keterbezaan dari segi kandungan Pembelajaran keterbezaan dari segi isi kandungan merangkumi sub topik, topik atau bab yang diajar kepada murid biasa dan kanak-kanak pintar cerdas. Prinsip di sebalik pembezaan isi kandungan pelajaran adalah selari dengan prinsip pengayaan di mana anak murid meneroka isi kandungan yang diajar di peringkat yang berbeza. Kandungan pelajaran asas haruslah mengikut standard pembelajaran yang ditetapkan oleh pendidikan negara. Namun, terdapat sesetengah murid yang tidak dapat menguasai kandungan yang diberikan, mempunyai penguasaan separa ataupun mungkin sudah biasa dengan kandungan sebelum pelajaran bermula. Maka, guru perlu membezakan kandungan dengan merancang aktiviti untuk kumpulan murid yang merangkumi pelbagai tahap Taksonomi Bloom. Murid yang lemah boleh diminta untuk menyelesaikan tugasan seperti mengadaptasi kandungan. Murid yang mempunyai penguasaan sederhana diminta untuk menilai kandungan manakala bagi kanak-kana...

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kanak-kanak pintar cerdas: Kaedah Kooperatif

Kaedah Kooperatif Kaedah pembelajaran kooperatif merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana murid berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran kooperatif ini juga melibatkan perkongsian maklumat dan pendapat di antara ahli dalam kumpulan.       Pembelajaran kooperatif terbahagi kepada enam jenis kaedah pembelajaran iaitu:  Yang pertama: jigsaw. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Idea daripada aktiviti jigsaw ialah salah seorang murid akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan membantu ahli kumpulan untuk memahami bab tersebut. Yang kedua pula ialah semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.  Yang ketiga: kaedah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Konsep kaedah ini ialah putaran biasa seperti dalam pengajaran. Guru menjal...